tak sempat nak posting semalam...sibuk sikit dengan urusan peribadi.
Biasanya ramai yg reinstall windows lepas terformat C drive & kemudiannya sibukla mencari free recovery software.Dari segi peratusan nak retrieve balik data-data yg hilang masa terformat tu mungkin ada, tapi sikit...berapa sikit tu tak ada la pulak the exact number.
Kaedah terbaik: retrieve balik guna recovery software sebaik terformat hard disk tu (or you guys can directly contact me if it happened!hehe.. )
Logik mudah bagi memahami mengapa:
- Tindakan DELETE sesuatu fail sebenarnya bukan beerti ianya akan terus ghaib dari hard disk. OS sebenarnya hanya rename semula fail ini & menandanya (flag) sebagai sudah terhapus. Ayat yang lebih mudah, "the file may have been marked for deletion but the data actually still remains on the hard drive" . Samalah juga dengan FORMAT....ianya pun menggunakan konsep yang sama
- Recovery software dengan mudah akan mencari fail-fail yang ditanda ini dan menukar tanda dari deleted kepada undeleted
- Perlu ingat bahawa fail ini tidak boleh diretrieve semula jika ianya telah ditindan oleh data lain. (overwrite katanya.....).
- Maka jika kita reinstall windows, peluang penindanan (pergh...) data-data lama kita tu memanglah cerah. Realitinya adalah mustahil untuk recover data yang telah dioverwrite.